Assalamualaikum wbrt
Untuk makluman tuan-tuan & puan-puan sekalian, Surau Che Ibrahim Alor Tembesu telah mengadakan kuliah maghrib secara mingguan setiap malam Ahad (Sabtu mlm Ahad).Kitab yang digunakan oleh Ustaz Sofwan ialah Penawar Hati,susunan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi.
Sungguh menarik isi kandunganya bagi mereka-mereka yang ingin berusaha untuk membentuk hati yang bersih dan dengan tips yang diberikan oleh penyusun kitab ini dan ulasan oleh Ustaz Sofwan sendiri, insyaAllah kita dapat menilai tahap hati kita yang sebenarnya.
Sebagaimana erti sebuah hadis oleh HR Bukhari & Muslim
Ertinya ;
"Perhatikan ! Sesungguhnya di dalam badan seseorang itu ada seketul daging; apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah sekalian anggota badan.Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.
InsyaAllah ,saya cuba berkongsi dengan muslimin dan muslimat sekalian tentang isi kandung setiap hadis yang di bincangkan oleh penceramah dilain catatan.InsyaAllah.
Wassalam

Assalamualaikum wbrt & Salam Sejahtera
Mewakili AJK Surau Che Ibrahim Alor Tembesu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang budiman kerana telah menderma barangan dan wang ringgit bagi membaiki surau tersebut.
Walaupun jumlah yang diterima masih belum lagi dapat memenuhi keperluan keseluruhan perancangan pembaikian, tetapi kami tetap bersyukur dengan apa yang telah ada sekarang.
Walaupun begitu kepada penderma-penderma yang ingin menderma lagi..sila hubungi saya ditalian talipon bimbit bernombor 013-9307922.
Sekian,Wassalam
Dicatat oleh
Surau Che Ibrahim Kampung Alor Tembesu
28 Disember 2009

Label:
Ucapan Ribuan Terima Kasih

Assalamualaikum wbrt
Mewakili AJK Surau Che Ibrahim Alor Tembesu, Dungun,dimaklumkan bahawa satu ceramah Maal Hijrah akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 07hb Januari 2010 (Khamis mlm Jumaat)
Masa : 7.00 mlm - 9.00 mlm
Agenda : - Solat Maghrib
- Kuliah
(Ustaz Hishamuddin B Abd Karim)
- Solat Isyak & Solat Hajat
- Bersurai
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Maklumat lanjut,sila hubungi 013-9307922( Hj Ya)
- Solat Isyak & Solat Hajat
- Bersurai
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Maklumat lanjut,sila hubungi 013-9307922( Hj Ya)
Langgan:
Catatan (Atom)