Kuliah Maghrib Bagi Bulan Februari 2010

Assalamualaikum,


Para muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian, untuk makluman , Surau Che Ibrahim Kampung Alor Tembesu, Dungun berbesar hati menjemput muslimin dan muslimat sekalian untuk bersama-sama mendengar kuliah maghrib yang akan di adakan di surau ini sepanjang bulan Februari 2010. Berikut adalah jadual kuliah maghrib sepanjang Februari 2010 untuk perhatian muslimin dan muslimat sekalian :-








Bil.TarikhPenceramah
1.10/02/2010Ustaz Azman Shapawi
2.14/02/2010Ustaz Aidil Adha B M Tahir
3.15/02/2010Yb Ustaz Wan Hasan B Ramli
4.18/02/2010Ustaz Khairul Ikhwan

Video Majlis Qurban Sempena Hari Raya Idul Adha

Video Majlis Qurban Part 1 :



Maklumat Majlis :-

Tarikh : 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H

Tempat : Perkarangan Surau Che Ibrahim, Kg. Alor Tembesu

Catatan :-

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis qurban ini sama ada secara lansung ataupun tidak lansung. Sekian, wassalam.

Jemputan ke Program Mingguan Surau Che Ibrahim Alor Tembesu

Assalamualaikum wbrt

Untuk makluman tuan-tuan & puan-puan sekalian, Surau Che Ibrahim Alor Tembesu telah mengadakan kuliah maghrib secara mingguan setiap malam Ahad (Sabtu mlm Ahad).Kitab yang digunakan oleh Ustaz Sofwan ialah Penawar Hati,susunan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi.

Sungguh menarik isi kandunganya bagi mereka-mereka yang ingin berusaha untuk membentuk hati yang bersih dan dengan tips yang diberikan oleh penyusun kitab ini dan ulasan oleh Ustaz Sofwan sendiri, insyaAllah kita dapat menilai tahap hati kita yang sebenarnya.

Sebagaimana erti sebuah hadis oleh HR Bukhari & Muslim
Ertinya ;
"Perhatikan ! Sesungguhnya di dalam badan seseorang itu ada seketul daging; apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah sekalian anggota badan.Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati. 

InsyaAllah ,saya cuba berkongsi dengan muslimin dan muslimat sekalian tentang isi kandung setiap hadis yang di bincangkan oleh penceramah dilain catatan.InsyaAllah.

Wassalam

Ucapan Ribuan Terima Kasih


Assalamualaikum wbrt & Salam Sejahtera

Mewakili AJK Surau Che Ibrahim Alor Tembesu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang budiman kerana telah menderma barangan dan wang ringgit bagi membaiki surau tersebut.

Walaupun jumlah yang diterima masih belum lagi dapat memenuhi keperluan keseluruhan perancangan pembaikian, tetapi kami tetap bersyukur dengan apa yang telah ada sekarang.

Walaupun begitu kepada penderma-penderma yang ingin menderma lagi..sila hubungi saya ditalian talipon bimbit bernombor 013-9307922.

Sekian,Wassalam

Ceramah Maal Hijrah 1431


Assalamualaikum wbrt

Mewakili AJK Surau Che Ibrahim Alor Tembesu, Dungun,dimaklumkan bahawa satu ceramah Maal Hijrah akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 07hb Januari 2010 (Khamis mlm Jumaat)
Masa : 7.00 mlm - 9.00 mlm
Agenda : - Solat Maghrib
- Kuliah
(Ustaz Hishamuddin B Abd Karim)
- Solat Isyak & Solat Hajat
- Bersurai

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Maklumat lanjut,sila hubungi 013-9307922( Hj Ya)